kalau tulis perkataan 'rindu', mesti byk tafsiran yang bermain-main di kepala..rindu? ap makna rindu,rsnya masing2 pon tau..x perlu dijelaskan lagi. kalau sebut ke rindu dgn kawan2, mesti ad yg tersengih2, takpon tnya rindu pada sape?ehem..ehem...itula mindset anak2 muda zaman skrg. seolah-olah rindu itu sudah dispesifikkan utk si 'dia, bukan nya 'DIA'..rasanya 'DIA' yang berhak dirindui bukan si 'dia'..tapi itula yang sering kita buat. menghalalkan perkara yang mendatangkan mudarat pada diri.
Thursday, March 11, 2010
~rindu~
Posted by nadzirahsaad at 4:02 AM 0 comments
Tuesday, March 9, 2010
~sanahelwa ya gami zatil~
Selamat Hari Lahir..
special dedicated to zatil nadia..
hoping that each day is full of iman and happiness..
our friendship is endless..
knowing u are one of my memorable time esp in egypt..
semoga hidup awak sentiasa di bawah payung rahmatNYA..
my doa, u'll always be my friends forever and ever..
Posted by nadzirahsaad at 10:38 AM 0 comments
Monday, March 8, 2010
saje2..
Entahla apa yang menghantui fikiranku ini, kabur..ya ak kabur...seolah-olah aku berdiri di tengah-tengah padang pasir. Tanpa arah tujuan, YA ALLAH,ak perlukan MU..hatiku YA ALLAH, perlu dirawat.. rawatan hati yang terluka,bukan diubati dengan ubat zahir, tapi dengan iman. Ya, aku perlu mencari iman, iman yang tidak konsisten dalam hatiku. Ah,persetankan masa silamku. Semua orang pernah membuat kesilapan. Kesilapan mengajar kita menjadi lebih kuat, tabah dalam menghadapi arus kehidupan yang semakin mencabar ini. Aku mesti bangun. Bangun daripada lena yang panjang. Aku bukan anak manja yang sentiasa disuap, di dodoi. Aku perlu berdikari. Keluargaku, bangsaku begitu juga agamaku..semuanya memerlukan aku. Aku mesti sedar tidak selamanya aku hidup dalam kesenangan.
Aku harus berjuang dan terus berjuang.. bangsaku, melayu semakin ditindas. kalau aku tidak bangkit, siapa lagi yang akan membela bangsaku. bangsa lain cuba menghakis keistimewaan bangsaku.. Sahabatku, bangkitla..tidak selamanya kita akan hidup dimanjai..disuap dengan kesenangan.. ingatla tujuan kita ke sini,.. BELAJAR, BELAJAR...harapan mak ayah, adik-beradik, saudara-mara..impian mereka, kita pulang menggenggam segulung ijazah. Sudah-sudahla nak enjoy, sampai bila kita nak enjoy.. fikirla keadaan di Negara kita..pelbagai berita yang kita terima saban hari menghantuiku.. dimana kesilapan kita wahai bangsaku..terbaru, banyak berita menyiarkan tentang bayi dibuang, kanak-kanak di dera hingga meninggal..dimana sifat kemanusian kita..di hujung kakikah? sebab itu kanak-kanak itu ditendang..ditelapak tangankah? sebab itu kanak-kanak itu dipukul, ditampar..
Di mana sifat kasih-sayang yang ada dalam diri? hilang di telan arus kemodenankah?...ah, semua benda menjadi kelam-kabut. adakah ini akibatnya kita jauh dari agama, ISLAM? ISLAM datang secara asing dan kembali asing. Ya,ini akibatnya kita mengabaikan agama. Hilang segala sifat kemanusiaan dalam diri..kembali, kembalilah kepada agama..rawatla hati. Hati yang tercemar.. hati, jika baik hati itu, maka baiklah amalannya..jika buruk hati itu, maka sebaliknya yan terjadi.
Pilihla mana yang terbaik. Selagi belum terlambat, kembalilah kepadaNYA.. ya, aku juga perlu berubah. Kembali kepada penciptaKU juga pencipta sekalian alam ini. yang maha Pengampun.
Posted by nadzirahsaad at 8:12 AM 0 comments
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah, lagi maha penyayang
Alhamdulillah, akhirnya terisi juga blogku ini.. tanpa ideas, so i can't write anything. to all readers, i'm sorry if i used aku more than saya or if my bahasa bercampur aduk. hope u all can understand.
No need to introduce myself, all of us are same..kita hamba ALLAH.. semua sama di sisi ALLAH. tak ada yang lebih tinggi walau pangkat di dunia ni tinggi. tetap dihisab di akhirat kelak, jika timbangan ke arah kanan, syurgala yang menanti, tapi jika ke kiri, neraka yang dituju..Ya ALLAH, ak tak layak ke syurgamu, namun ak tak tahan menanggung api nerakamu..
Lastly, hopefully this blog tidak mengganggu anda..i just wanna express my thought, opinion..enjoy reading, syukran..jzkk..
Posted by nadzirahsaad at 7:40 AM 0 comments