BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 8, 2010

saje2..

Entahla apa yang menghantui fikiranku ini, kabur..ya ak kabur...seolah-olah aku berdiri di tengah-tengah padang pasir. Tanpa arah tujuan, YA ALLAH,ak perlukan MU..hatiku YA ALLAH, perlu dirawat.. rawatan hati yang terluka,bukan diubati dengan ubat zahir, tapi dengan iman. Ya, aku perlu mencari iman, iman yang tidak konsisten dalam hatiku. Ah,persetankan masa silamku. Semua orang pernah membuat kesilapan. Kesilapan mengajar kita menjadi lebih kuat, tabah dalam menghadapi arus kehidupan yang semakin mencabar ini. Aku mesti bangun. Bangun daripada lena yang panjang. Aku bukan anak manja yang sentiasa disuap, di dodoi. Aku perlu berdikari. Keluargaku, bangsaku begitu juga agamaku..semuanya memerlukan aku. Aku mesti sedar tidak selamanya aku hidup dalam kesenangan.
Aku harus berjuang dan terus berjuang.. bangsaku, melayu semakin ditindas. kalau aku tidak bangkit, siapa lagi yang akan membela bangsaku. bangsa lain cuba menghakis keistimewaan bangsaku.. Sahabatku, bangkitla..tidak selamanya kita akan hidup dimanjai..disuap dengan kesenangan.. ingatla tujuan kita ke sini,.. BELAJAR, BELAJAR...harapan mak ayah, adik-beradik, saudara-mara..impian mereka, kita pulang menggenggam segulung ijazah. Sudah-sudahla nak enjoy, sampai bila kita nak enjoy.. fikirla keadaan di Negara kita..pelbagai berita yang kita terima saban hari menghantuiku.. dimana kesilapan kita wahai bangsaku..terbaru, banyak berita menyiarkan tentang bayi dibuang, kanak-kanak di dera hingga meninggal..dimana sifat kemanusian kita..di hujung kakikah? sebab itu kanak-kanak itu ditendang..ditelapak tangankah? sebab itu kanak-kanak itu dipukul, ditampar..
Di mana sifat kasih-sayang yang ada dalam diri? hilang di telan arus kemodenankah?...ah, semua benda menjadi kelam-kabut. adakah ini akibatnya kita jauh dari agama, ISLAM? ISLAM datang secara asing dan kembali asing. Ya,ini akibatnya kita mengabaikan agama. Hilang segala sifat kemanusiaan dalam diri..kembali, kembalilah kepada agama..rawatla hati. Hati yang tercemar.. hati, jika baik hati itu, maka baiklah amalannya..jika buruk hati itu, maka sebaliknya yan terjadi.
Pilihla mana yang terbaik. Selagi belum terlambat, kembalilah kepadaNYA.. ya, aku juga perlu berubah. Kembali kepada penciptaKU juga pencipta sekalian alam ini. yang maha Pengampun.

0 comments: